Cara Membina Pantun - Bhg 2

Setiap rangkap pantun akan menjadi lebih cantik dan kemas apabila bilangan perkataan dalam setiap baris adalah empat [4] perkataan sahaja. Walau pun bukan satu kemestian tetapi bilangan empat perkataan ini dapat membuatkan pantun lebih enak dibaca. Melodi lagu raya pantun juga akan lebih tersusun dan sempurna.
Satu perkara lagi yang perlu diberi perhatian ialah bilangan suku kata dalam setiap baris. Pantun yang baik mempunyai 8 hingga 12 suku kata sahaja bagi satu-satu baris. Tak boleh kurang dari lapan atau lebih dari dua belas suku kata. Perhatikan contoh di bawah.
beras pulut santan kelapa ~ [4 perkataan 9 suku kata]
daun palas buat ketupat ~ [4 perkataan 9 suku kata]
seronok berdendang lagu raya ~ [4 perkataan 10 suku kata]
pandu cermat jiwa selamat ~ [4 perkataan 9 suku kata]

Pantun akan menjadi janggal untuk dibaca sekiranya tidak balik kampung menepati bilangan perkataan dan suku kata yang ditetapkan. Selamat mencuba dan selamat berpantun untuk semua.
Aturan ini meliputi semua pantun samada dua, empat, enam, lapan atau dua belas baris. Hanya pantun kanak-kanak putus jari bermain mercun sahaja yang terkeluar dari aturan ini. Seperti contoh di bawah ini:
buai laju-laju
sampai pokok sena
apa dalam baju
sekuntum bunga cina