Ambil galah tolong jolokkan;
Saya budak baharu belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.
baris pertama – 10 suku kata
baris kedua – 9 suku kata
baris ketiga – 10 suku kata
baris keempat – 9 suku kata
Sangat berpadanan bukan? Dan tumpuan
saya pada kali ini adalah pada perkataan KEDUA dalam setiap baris. Cuba
perhatikan pada perkataan ‘cempedak‘, ‘galah‘, ‘budak‘ dan ‘salah‘.
Saya sebutkan ini sebagai rima di pertengahan baris yang juga tidak
kurang pentingnya di samping rima di hujung baris yang memang diperlukan
oleh setiap rangkap pantun.
Bersopan santun sepanjang jalan,
Agar selamat kemudian nanti;
Selamat berpantun hamba ucapkan;
Semoga dapat menghiburkan hati.
Saya sendiri selalu juga mengabaikan
rima di pertengahan baris ini kerana kekangan masa dalam mencari dan
memilih perkataan yang sesuai. Apa yang saya tuliskan ini adalah sebagai
panduan untuk menulis pantun yang baik.