RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

Tahun                 : 4 Bestari
Tarikh                 : 8 September 2012
Bilangan Murid    : 25 orang
Mata Pelajaran    : Bahasa Melayu
Tajuk                  : Jasa Ibu
Fokus Utama       : 5.2 Membaca kuat teks prosa dengan sebutan dan intonasi 
                                  yang betul dan lancar serta memahami perkara yang 
                                  dibaca. 
Aras                     : Aras 2 :
                               i.  Membaca bahan sastera dan bukan sastera dengan 
                                   sebutan dan intonasi yang   betul serta gaya yang sesuai.
                               ii. Menghuraikan maklumat yang diperolehi daripada
                                   bahan yang dibaca.
Fokus Sampingan  : 8.1 Membaca dan menulis perkataan, ayat tunggal dan 
                                    ayat majmuk.
Aras                      : Aras 2
                               i. Menambah perkataan pada subjek dan predikat
Objektif                  : Pada akhir pelajaran murid-murid dapat :
                                i. Membaca pantun dengan intonasi yang betul dan 
                                   memberi  maksud perkataan sukar.
                                ii.Membina dengan betul 6 ayat tunggal dengan 
                                   menambah  perkataan pada  subjek dan predikat.
Kemahiran Bahasa   : i. Bacaan          ii. Tulisan
Sistem Bahasa         : i. Kosa Kata     ii. Kata Ganda
Pengisian                 : i. Ilmu           : Pendidikan Moral
Kurikulum                     ii.Nilai Murni : Kasih Sayang dan Hormat Menghormati
                                    iii. Peraturan Sosio Budaya : Kesantunan Bahasa 
Kemahiran Bernilai    : Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi, 
Tambah                        Kecerdasan  Pelbagai dan Kajian Masa Depan
Bahan Bantu             : Komputer riba, video lagu, video pantun, 
Mengajar                     petikan pantun,  lembaran  kerja. 
Pengetahuan Sedia   : Murid pernah membaca pelbagai jenis pantun   
Ada


SET INDUKSI (5 minit)
 1. Guru  memperdengarkan lagu 'Ibu' dari kumpulan Exist.
2.  Murid menyanyi bersama-sama lagu yang ditayangkan.
3. Guru bersoal jawab tentang lirik lagu yang didengar.
    Contoh soalan.
    a. Apakah isi penting lagu ini?
    b. Apakah yang telah berlaku kepada ibunya?
    c. Apakah perasaan anak tersebut terhadap ibunya.



LANGKAH 1 (15 minit)
1. Guru menayangkan pantun yang diperolehi dari laman web.
2. Murid membaca pantun di beri.
3. Guru menayangkan video cara melafazkan pantun dari you tube.
4. Murid melafazkan pantun di hadapan kelas.


LANGKAH 2 (10 minit)
1. Guru bersoal jawab dengan murid isi pantun.
    Contoh soalan :
    a. Bagaimanakah perasaan ibu ketika mengandung?
    b. Bagaimanakah keadaan ibu ketika melahirkan bayi?
    c. Kenapakah seorang ibu sanggup bersusah-payah?
    d. Apakah yang diharapkan oleh seorang ibu dari anaknya?
2. Murid menjawab soalan yang diberikan guru.


LANGKAH 3 (15 minit)
1. Guru menyenaraikan beberapa perkataan sukar dalam pantun diberi.
2. Murid-murid diminta merujuk kamus di internet dan menyatakan 
    maksud perkataan sukar.
3. Murid-murid diminta membina ayat dari perkataan sukar di dalam
    lembaran kerja disediakan.


LANGKAH 4 (10 minit)
1. Guru memberi contoh kata ganda yang terdapat dalam pantun. 
    Murid-murid diminta merujuk kata ganda berima di dalam blog.
2. Murid menyenarai 6 kata ganda berima  serta menjawab
    soalan berkaitan kata ganda berima di dalam lembaran kerja.


PENUTUP (5 minit)
1. Guru membayangkan semua murid telah dewasa dan berjaya. 
    Apakah yang akan mereka lakukan untuk membalas jasa ibu bapa mereka.
2. Murid memberi pendapat masing-masing.