Tahun : 4 Bestari
Tarikh : 8 September 2012
Bilangan Murid : 25 orang
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tajuk : Jasa Ibu
Fokus Utama : 5.2 Membaca kuat teks prosa dengan sebutan dan intonasi
yang betul dan lancar serta memahami perkara yang
dibaca.
yang betul dan lancar serta memahami perkara yang
dibaca.
Aras : Aras 2 :
i. Membaca bahan sastera dan bukan sastera dengan
sebutan dan intonasi yang betul serta gaya yang sesuai.
sebutan dan intonasi yang betul serta gaya yang sesuai.
ii. Menghuraikan maklumat yang diperolehi daripada
bahan yang dibaca.
bahan yang dibaca.
Fokus Sampingan : 8.1 Membaca dan menulis perkataan, ayat tunggal dan
ayat majmuk.
ayat majmuk.
Aras : Aras 2
i. Menambah perkataan pada subjek dan predikat
Objektif : Pada akhir pelajaran murid-murid dapat :
i. Membaca pantun dengan intonasi yang betul dan
memberi maksud perkataan sukar.
memberi maksud perkataan sukar.
ii.Membina dengan betul 6 ayat tunggal dengan
menambah perkataan pada subjek dan predikat.
menambah perkataan pada subjek dan predikat.
Kemahiran Bahasa : i. Bacaan ii. Tulisan
Sistem Bahasa : i. Kosa Kata ii. Kata Ganda
Pengisian : i. Ilmu : Pendidikan Moral
Kurikulum ii.Nilai Murni : Kasih Sayang dan Hormat Menghormati
iii. Peraturan Sosio Budaya : Kesantunan Bahasa
Kemahiran Bernilai : Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi,
Tambah Kecerdasan Pelbagai dan Kajian Masa Depan
Bahan Bantu : Komputer riba, video lagu, video pantun,
Mengajar petikan pantun, lembaran kerja.
Mengajar petikan pantun, lembaran kerja.
Pengetahuan Sedia : Murid pernah membaca pelbagai jenis pantun
Ada
SET INDUKSI (5 minit)
1. Guru memperdengarkan lagu 'Ibu' dari kumpulan Exist.
2. Murid menyanyi bersama-sama lagu yang ditayangkan.
3. Guru bersoal jawab tentang lirik lagu yang didengar.
Contoh soalan.
a. Apakah isi penting lagu ini?
b. Apakah yang telah berlaku kepada ibunya?
c. Apakah perasaan anak tersebut terhadap ibunya.
LANGKAH 1 (15 minit)
1. Guru menayangkan pantun yang diperolehi dari laman web.
2. Murid membaca pantun di beri.
3. Guru menayangkan video cara melafazkan pantun dari you tube.
4. Murid melafazkan pantun di hadapan kelas.
LANGKAH 2 (10 minit)
1. Guru bersoal jawab dengan murid isi pantun.
Contoh soalan :
a. Bagaimanakah perasaan ibu ketika mengandung?
b. Bagaimanakah keadaan ibu ketika melahirkan bayi?
c. Kenapakah seorang ibu sanggup bersusah-payah?
d. Apakah yang diharapkan oleh seorang ibu dari anaknya?
2. Murid menjawab soalan yang diberikan guru.
LANGKAH 3 (15 minit)
1. Guru menyenaraikan beberapa perkataan sukar dalam pantun diberi.
2. Murid-murid diminta merujuk kamus di internet dan menyatakan
maksud perkataan sukar.
3. Murid-murid diminta membina ayat dari perkataan sukar di dalam
lembaran kerja disediakan.
LANGKAH 4 (10 minit)
1. Guru memberi contoh kata ganda yang terdapat dalam pantun.
Murid-murid diminta merujuk kata ganda berima di dalam blog.
2. Murid menyenarai 6 kata ganda berima serta menjawab
soalan berkaitan kata ganda berima di dalam lembaran kerja.
2. Murid menyenarai 6 kata ganda berima serta menjawab
soalan berkaitan kata ganda berima di dalam lembaran kerja.
PENUTUP (5 minit)
1. Guru membayangkan semua murid telah dewasa dan berjaya.
Apakah yang akan mereka lakukan untuk membalas jasa ibu bapa mereka.
2. Murid memberi pendapat masing-masing.